|Turutan Ilmu Yang Patut Dipelajari Seorang Penuntut ilmu|
1)FARDHU AIN
Iaitu mempelajari ilmu aqidah sehingga kadar yang membuatkan aqidahnya sah dan diterima(Al-qadr Al-mujzi'). Tanpa perlu pergi kepada perincian ilmu Aqidah.
Begitu juga termasuk di dalam fardhu ain ialah mempelajari hukum hakam asas feqah seperti cara bersuci, cara solat, cara membersihkan, asas-asas puasa dan zakat, asas-asas haji dan umrah terutama kepada yang bakal pergi haji/umrah. Begitu juga asas-asas hukum hakam jual beli terutamanya yang terlibat di dalam perniagaan.
Buku yang disyorkan:Bergantung kepada guru yang mengajar.
2)TAJWID
Mempelajari tajwid sehingga sampai tahap bacaan al-quran yang betul mengikut lunas ilmu tajwid.
Buku yang disyorkan:Bergantung kepada guru yang mengajar
3)SIRAH
Mengenali Nabi Muhammad ﷺ beserta salasilah keturunan baginda. Mengenali ahli keluarga baginda, para isteri baginda, para anak & para sahabat. Mengetahui perjalanan hidup baginda dari kelahiran sampai kewafatan.
Antara buku yang boleh dipelajari:
Al-munirah Fi Al-muhim Min 'Ilm Al-sirah oleh Fadhilat Al-syeikh Soleh Al-'usoimi. Atau boleh juga matan Al-urjuzah Al-mi'iyyah oleh Ibn Abi Al-'izz.
4)ZIKIR-ZIKIR & DOA
Mempelajari zikir pagi dan petang, zikir selepas solat, zikir sebelum tidur, zikir & doa khusus bagi keadaannya seperti ketika memakai pakaian, menaiki kenderaan dan sebagainya. Seeloknya mengetahui huraian makna-makna zikir dan hukum hakam berkaitan zikir. Termasuk juga ialah huraian makna bacaan di dalam solat.
Begitu juga mengenali doa-doa yang warid di dalam Al-quran dan hadith-hadith nabi ﷺ. Mengetahui huraian dan maknanya dan cara pengamalannya.
Antara buku yang boleh dipelajari:
Al-khulasah Al-hasna' & Al-baqiyat Al-solihat, Kedua-keduanya oleh Syeikh Al-'usoimi. Jika mahu yang agak luas boleh belek-belek Al-Azkar oleh imam Al-nawawi & Al-wabil Al-sayyib oleh Imam Ibnul Qayyim.
Untuk makna bacaan di dalam solat boleh lihat Syarah Ma'aani Al-solah oleh Dr Mahir Al-fahl.
5)ADAB & AKHLAQ PENUNTUT ILMU
Seeloknya boleh mempelajari matan-matan seperti Ta'zhim Al-' ilm, Al-adab Al-asyarah dan Bahjah Al-talab, kesemuanya oleh Syeikh Al-'usoimi.
6)Di peringkat ini barulah seorang pelajar itu elok untuk mula mengejar ilmu-ilmu alat & ilmu-ilmu maqasid.
Ilmu alat yang pertama patut dipelajari ialah Bahasa Arab, khususnya Nahu, kemudian Usul Fiqh. Setelah itu dipersilakan untuk terjun di dalam lautan ilmu Sorof, Balaghah, Lughah, Ulum Hadith, Usul Tafsir, Mantiq & lain-lain.
Ilmu Maqasid yang pertama patut dipelajari ialah ilmu Aqidah dan kemudiannya Fiqh Ibadat. Setelah itu boleh terjun di dalam lautan ilmu Tafsir, syarah-syarah hadith terutamanya hadith hukum dan lain-lain.
7)Mendahulukan langkah ke-6 dari langkah 1-5 merupakan satu aib dan kesilapan di dalam tatacara mengajar atau menimba ilmu.
Bahkan aib bagi seorang ustaz yang hebat di langkah ke-6 tetapi buta sirah Nabi ﷺ dan makna-makna zikir lazim.
Wallahu a'lam
Copas status ustadz abdul azis
Al jazari fondation