Jumat, 10 Maret 2023

Hassan al-Saqqaf Menyesatkan Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari?]

[Hassan al-Saqqaf Menyesatkan Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari?]

Saya membaca kitab al-Ibanah edisi tahqiq Syeikh Hassan al-Saqqaf yang mengaku bermazhab al-Asy'ari. Apa yang mengejutkan beliau mengatakan Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari cenderung kepada mazhab Mujassimah yang menurut beliau mazhab ini adalah kafir! Berikut apa yang disebutkan oleh al-Saqqaf  ketika mengkritik akidah Abu Hasan al-Asy’ari: 

“Maka al-Asy’ari bermazhab hanbali (dalam akidah) kalamnya (dalam sifat-sifat Allah) dimasukkan dalam kalam Mujassimah (orang yang menjisimkan Allah) dan Musyabbihah (orang yang menyamakan Allah dengan makhluk). Kitab al-Ibanah adalah kitab yang mengandungi banyak keburukan-keburukan ini. Petikan yang dinukilkan oleh Ibn Asakir dari kitab al-Ibanah dalam kitabnya Tabyin Kazib al-Muftari membuktikan bahawa beliaulah (al-Asy’ari) yang mengatakan bala dan bencana ini yang mana kitab itu (al-Ibanah) tidak dipesongkan oleh tangan-tangan yang berdosa…” (Rujuk: al-Ibanah, Tahqiq Hasan al-Saqqaf, hlm. 6).

Kata beliau lagi: 

“Petikan yang dinukilkan oleh Ibn Asakir dalam kitab Tabyin Kazib al-Muftari seperti yang telah saya sebutkan tadi membuktikan bahawa penulislah (al-Asy’ari) yang berpandangan dengan pandangan (akidah) yang tertolak yang menunjukkan bahawa beliau cenderung kepada mazhab Tajsim dan Tasybih”. (Rujuk: al-Ibanah, Tahqiq Hasan al-Saqqaf, hlm. 8)

P/s: Jika tokoh umat ini mampu beliau hukum mujassimah (orang yang menjisimkan Allah) bagaimana pula kitab-kitabnya boleh diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan didiskusikan secara terbuka di negara ini? Gambar di bawah antara komentar beliau yang jelas biadap dan menghukum Abu al-Hasan al-Asy'ari sebagai berfikiran mujassimah dalam isu melihat Allah di hari kiamat.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02Ed932wsmvp3vvxvnzeNJTxR9KLxJ4J2goo3FV7qPbPczVA5cgv68F9KogJitHNJbl&id=1032611520099681&mibextid=Nif5oz
Ustadz Dr rozaimi ramle