Kamis, 05 Mei 2022

Kalau nak mengaku seseorang itu sebagai guru kita berlakulah jujur.Ikutlah apa yang Imam Ibn Hajar Al-'asqalani (852H) lakukan di dalam kitab beliau Al-majma' Al-muassis, iaitu beliau membahagikan guru beliau kepada tiga jenis

Kalau nak mengaku seseorang itu sebagai guru kita berlakulah jujur.

Ikutlah apa yang Imam Ibn Hajar Al-'asqalani  (852H) lakukan di dalam kitab beliau Al-majma' Al-muassis, iaitu beliau membahagikan guru beliau kepada tiga jenis

1)Guru dirayah

2)Guru riwayah sahaja

3)Guru muzakarah

Jenis no satu adalah guru yang kita betul-betul mengaji dan talaqqi bersamanya sebuah kitab. Catatkan dengan jujur apa kitab yang kita belajar dan apa kadarnya, adakah awal kitab shj, atau 1/3 kitab, atau seluruh kitab dan seterusnya.

Jenis kedua adalah yang kita ambil sanad riwayah kitab darinya sahaja, kita hanya sama' atau mendengar bacaan kitab darinya, kita tidak talaqqi dan mengaji satu demi satu perkataan, hanya bacaan atau sama' untuk dapat sanad.

Jenis ketiga adalah guru yang kita tidak belajar apapon kitab dengannya, kita hanya jumpa-jumpa, sembang-sembang dan mungkin ada bincang-bincang sikit. Bila ada faedah ilmu darinya maka kita catat.

Dari tiga jenis ini, jenis pertama ialah guru yang betul-betul akan melayakkan kita menjadi ahli ilmu dan memberikan kita sanad keilmuan, adapun jenis kedua maka untuk mendapat kemuliaan kesambungan sanad dari sudut riwayah sahaja.

Sebahagian penuntut ilmu dia mudah mengaku seseorang itu guru atau syeikhnya sedangkan dia tidak pernah belajar satu kitab dari awal sampai habis pun dengan guru tersebut. Hanya sembang-sembang sambil hirup teh tarik sama-sama tak jadi. Kalau jadi pun itu hanya guru muzakarah sahaja. Jangan claim seolah kita lazimi dia hingga setiap butir perkataan dalam kitab kita khatam dengannya.

Wallahu a'lam
Ustadz abdul aziz