Jumat, 22 Agustus 2025

Beginilah sifat seorang sahabat

“Beginilah sifat seorang sahabat.”

Berkata al-‘Allamah Zaid al-Madkhali – semoga Allah menjaganya – :

“Seorang teman yang sebenar ialah dia yang membantu saudaranya sekadar yang dia mampu, walaupun hanya dengan sepatah kata-kata yang baik lagi indah. Dia juga membantunya dengan nasihat terhadap dirinya, dan jika saudaranya lupa sesuatu dia akan mengingatkannya, supaya dapat menunaikan hak persahabatan, lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara agama, dia mengingatkannya dan menasihatinya serta memberikan kebaikan kepadanya. Maka semua itu adalah termasuk dalam sifat setia dalam bersahabat.

Adapun orang yang apabila engkau lupa dia tidak mengingatkanmu, dan apabila engkau berhajat kepadanya dia tidak menolongmu, maka sesungguhnya dia tidak menunaikan hak persahabatan; kerana dia tidak mengenal nilai persahabatan dan nilai perkara yang terhasil daripada kesetiaan bersama para sahabat.”

📖 Rujukan: ‘Aun al-Ahad al-Samad bi Syarh al-Adab al-Mufrad (1/166).
ustadz ibnu salam