Selasa, 14 Februari 2023

ibnu tumart membunuh kira kira 70rb orang dalam beberapa hari saja

[Ujian Sejarah Tetapi Soalan Math?]

Saya kira isu Ibn Tumart yang dibangkitkan sewaktu dialog Fikrah KUIPs 2.0 sangat berkait dengan tuduhan ekstremis terhadap Wahabi kerana isu berikut: 

1. Muhammad bin Abdul Wahhab dilabel ekstrem kerana berperang dan membunuh. Tetapi ada panel dalam ARG mengangkat Ibn Tumart sebagai tokoh dan mengajar kitabnya. Sedangkan Ibn Tumart membunuh kira-kira 70 ribu orang dalam beberapa hari berperang saja menurut Ibn Kathir. Kenapa Ibn Tumart tidak dianggap ekstrem dan diangkat sebagai tokoh oleh mereka?

Dengan kata lain, antara tuduhan utama Wahabi dari dulu sehingga kini ialah sikap ekstrim. Disebabkan topik esktrim dibangkitkan, pihak Ust Salman bentangkan kajian perbandingan antara dua ekstrim ini supaya penonton lebih nampak adakah tuduhan wahabi itu ekstrim itu valid dan kenapa kekejaman Ibn Tumart dianggap normal saja oleh sebahagian panel ARG?

2. Ustaz Engku dengan yakin bercakap tentang Ibn Tumart dalam dialog sedangkan dia gagal membaca rujukan-rujukan penting tentangnya. Maka dia gagal menjadi penyelidik. Gagal faham dan gagal baca habis.

Lalu terjadilah episod seorang gagal membaca habis bab yang dia bercakap tentangnya dan seorang lagi baca tapi lupe.

Pengkaji ARG sepatutnya boleh faham metod kajian perbandingan. Tapi kalau tidak membaca rujukan utama dalam kajian memang susahlah nak faham. Mujur Salman tidak tanya nombor ISBN.
 
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/1032611520099681/posts/pfbid02JywtJGm435fAHvwmF6hX634uXgjWAjcoENvgLS3KXPZKSyD83b7Gd7J4vRXWzjttl/?mibextid=Nif5oz